Search Box

10:18 AM
Troll A merupakan sebuah pelantar gas yang kini sedang beroperasi di North Sea, Norway dibawah kendalian syarikat minyak Norway iaitu Statoil. Ia mula dibina pada tahun 1991 dan proses pembinaan siap sepenuhnya pada 1996. Troll A diiktiraf dalam Guinness World Record sebagai pelantar gas terbesar di dunia pada tahun 1996

Apa yang menariknya, keseluruhan platform Troll A dibina di satu lokasi dan ia ditarik sejauh lebih 200km dari tempat pembinaan ke North Sea selama 7 hari. Ia merekod sejarah dengan struktur terbesar di dunia yang pernah digerakkan ke sesebuah tempat. Keseluruhan kos pembinaan platform Troll A ialah US$650 Juta. 

Percaya atau tidak, ketinggian Troll A platform adalah 472 meter, iaitu lebih tinggi dari Menara Eiffel di Perancis (301 meter). Dalam kaki platform juga mempunyai lift untuk turun ke dasar. Anda boleh menonton dokumentari menarik oleh Discovery Chanel di Youtube yang memaparkan bagaimana proses pembinaan platform ini dijalankan.










0 comments:

Post a Comment