Search Box

10:34 PM
Sebagaimana yang kita tahu, Formula 1 merupakan satu sukan yang paling mahal di dunia. Setiap tahun, beratus juta dollar dikeluarkan oleh setiap pasukan untuk menampung segala perbelanjaan dan kos penyelenggaraan. Percaya atau tidak, sebuah stering Formula 1 mungkin lebih mahal dari kereta yang anda guna sekarang. 

Sebuah laman web iaitu Netcars Motoring Blog menganggarkan kos untuk membuat sebuah kereta Formula 1 adalah lebih US$7 juta (RM21 juta). McLaren, Ferrari, Red Bull dan Mercedes merupakan antara pasukan yang membelanjakan lebih US$200 juta setahun untuk sukan Formula 1. Dalam gambar dibawah, anda dapat lihat dengan lebih terperinci kos yang diperlukan untuk setiap bahagian pada sebuah kereta Formula 1.


0 comments:

Post a Comment