Kota Bharu: “Saya hanya ingin mencuba dan tidak sangka cincin akan melekat di kemaluan,” kata seorang pemuda berusia 22 tahun yang terpaksa menahan kesakitan lebih enam jam selepas cincin dimasukkan di kemaluannya tersekat di rumahnya di Dewan Beta, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang belum berkahwin terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, deritanya tidak berakhir di situ berikutan kaedah perubatan hanya mampu mengeluarkan darah beku pada kemaluannya berikutan bengkak dialami selain mengurangkan sakit, sehingga memaksa pihak hospital memanggil Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu membantu.
Dengan bantuan bomba, cincin itu dipotong sebelum dikeluarkan daripada kemaluan mangsa jam 8.15 pagi.
Mengimbas detik cemas itu, mangsa yang bekerja sebagai buruh tidak menyangka tindakan dilakukan bersendirian itu menyebabkan cincin itu tidak boleh dikeluarkan. - Harian Metro
0 comments:
Post a Comment