Search Box

12:03 AM

JURUTAIP warga India mampu menaip 100 patah perkataan seminit dengan menggunakan 12 jarinya.

Vijay Singh, 48, berasal dari Agra, Utara India berkata, kelebihan yang dimiliki itu bagaimanapun menjadi halangan buatnya untuk mendapatkan pekerjaan di India.

“Majikan hanya mahu jurutaip wanita, berwajah cantik dan bukannya lelaki. Kini saya sedang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan di Britain selepas lebih 50 percubaan mencari kerja di sini gagal,” katanya dipetik DilyMail

Sing mengalami sindrom polydactyly sejak lahir menyebabkan jari tangan dan kaki mempunyai satu lebihan jari sekali gus menjadikan setiap tangannya mempunyai enam jari kiri dan kanan.

Kebanyakan kes, lebihan jari biasanya hanya mengandungi tisu lembut namun ada juga yang mempunyai tulang  tetapi tidak mempunyai sendi.

Kecekapan Sing menaip menandingi jurutaip terpantas dunia Michael Shestov apabila beliau boleh menaip dalam 27 bahasa dengan mencapai kelajuan 17 perkataan sesaat.

0 comments:

Post a Comment